Daftar online rumah mampu milik Johor
Assalamualaikum & salam sejahtera. Disini aku ingin kongsikan entri mengenai cara daftar online rumah mampu milik Johor khususnya bagi rakyat negeri Johor. Umum mengetahui harga rumah di negeri Johor terutamanya di daerah Johor Bahru amatlah tinggi kerana nilai hartanahnya yang tinggi dan kuasa belinya yang besar serta kedudukannya yang bersempadan dengan negara Singapura.
Daftar online rumah mampu milik Johor

Oleh yang demikian kerajaan negeri Johor telah mengambil inisiatif untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik di dalam negeri Johor. Syarat-syarat bagi memiliki rumah mampu milik Johor adalah seperti yang tertera di dalam gambar di atas. Bagi rakyat Johor, anda boleh mendapatkan rumah mampu milik Johor ini dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara online melalui laman web di bawah ini:
[+] Daftar Disini – Daftar Online Rumah Mampu Milik Johor
Ataupun untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai rumah mampu milik ini boleh terus berhubung dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan sebagaimana senarai pejabat dibawah ini :
Senarai Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Cawangan Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak
Kota Iskandar
79503 Nusajaya, Johor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan (Cawangan Muar)
d/a Majlis Perbandaran Muar
84000 Muar, Johor.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan (Cawangan Batu Pahat)
d/a Pejabat Daerah Batu Pahat
83000 Batu Pahat, Johor.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan (Cawangan Kluang)
d/a Pejabat Daerah Kluang
86000 Kluang, Johor.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan (Cawangan Segamat)
No 1G, Rumah Pangsa Segamat,
Jalan Dato’ Wan Idris,
85000 Segamat, Johor.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Bahagian Perumahan (Cawangan Mersing)
d/a Pejabat Daerah Mersing,
Jalan Ibrahim,
86800 Mersing, Johor.
Segala pertanyaan boleh hantar emel ke : sukperumahan@johor.gov.my atau erumah@johor.gov.my
Sila pastikan maklumat diisi dengan betul dan tepat. Kepada rakyat Johor khususnya ambillah peluang ini dengan daftar online rumah mampu milik Johor dan milikilah rumah idaman anda sekarang.
Salam en hairul…Akk dah pnh buat pmohonan mlalui online..Tp xde ape2 info yg akk dpt..Blh thu xcm mn akk nk thu sma ade pmhonan akk tu layak @pun tdk..
Walaikumusalam.. biasa kalau terpilih akan dpt surat. Apa2 akak boleh follow up kat pjbt perumahan
Salam..kt mne ye kalo sy nk thu lokasi2 tapak perumahan ni dibuat
Lokasi kena tanya terus perumahan
klau p terus mohon rumah ni tampa tulis borang online blh x? dan d mna kah tempat nak p mohon?
Boleh tapi tetap kena isi borang utk permohonan di cawangan perumahan berhampiran. Isi borang online ini sebenarnya lagi memudahkan anda..
Saya dh mhon dkt.suk..lpas tu apa lg yg perlu sy buat slpas tu
Tunggulah sehingga berjaya mendapat sijil layak perumahan
Sy br lpas isi online td,untk wat pemilhan umah kos mane yg kt mahukan tu time anta dokumen nanty ke?sebab dalam borang online x ad td untuk wat pemilihan umah kos mane yang kita mahukan
Ya betul, buat pemilihan semasa menghantar borang
Kalo nama disenaraihitam kenapa yer? Saya xpernah dpt sijil n xdpt pn rumah yang ditawarkan
Kalau mcm lebih baik rujuk terus di caw suk perumahan yg terdekat.
Had pendapatan tu isteri + hubby ke?
If pendapatan isteri + hubby more than 6k. Blh ke apply rumah yg low price?
Ya, had pendapatan suami dan isteri. Jika lebih RM 6k tak layak..
kalau saya lama menetap di johor tapi rumah tu rumah ibu bapa saya, dikira rumah sendiri atau menumpang? TQ
Itu kira rumah ibubapa, kalau rumah sendiri atas nama sendiri..
kalau nama telah disenarai hitam disebabkan apa ye ?
Biasanya sebab dah dapat sijil tpi tolak rumah yg ditawarkan
Lau ad mslh ngn bnk blh apply x?
Rasanya kena settle dgn bank dulu, baru boleh mohon
Tp knp kte wt loan kete blh lulus…wt mybnk
Loan keta dgn loan rumah lain. Apa kata terus gi tny kat perumahan terus..
dlm sistem tuh sy dh terisi gji pokok saje boleh ke?mcm mne nak edit balik ye, tq
Boleh betulkan semasa hantar dokumen tu nanti…
salam en hairul.. mmg kene hantar borg sendiri ea? x boleh wakil ke? lg 1, klu ade perubahan, kene isi borg baru ke?
Rasanya lebih elok hantar sendiri borangnya, dan kalau ada perubahan mungkin boleh diperbetulkan disana nanti.
orang bukan johor boleh mohon ke?
Syarat bermastautin lebih 5 tahun di johor
nak cari juga lah rumah RM25k nih hehehe
Bro tak layak kot, kena beli rumah 220k…