Pendaftaran Pas Bermusim Liga Malaysia 2013

Pendaftaran Pas Bermusim Liga Malaysia 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera. Sempena perlawanan bolasepak Liga Malaysia 2013 yang akan bermula tidak lama lagi, Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah membuka Pendaftaran Pas Bermusim Liga Malaysia 2013 untuk penyokong pasukan bolasepak Johor Darul Takzim.

Borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Untuk makluman penyokong negeri Johor, harga tiket bermusim untuk VIP ialah RM 400.00. Manakala harga tiket bermusim untuk Terbuka ialah RM 250.00. Semua perlawanan hanyalah di Stadium Larkin sahaja. Setiap pembelian tiket bermusim ini disertakan sekali dengan baju untuk penyokong negeri Johor.

Sekian untuk makluman penyokong Johor Darul Takzim.

“Luaskan kuasmu Johor” & “Sorakan Larkin”

P/s – cepat-cepat sebelum tiket-tiket kehabisan. Tarikh pendaftaran dilanjutkan sehingga 5 Januari 2013

Kredit – Johor fan club

SHARE IF YOU CARE --->
38 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.