Perencah Mee Bandung Mak Pon

Perencah Mee Bandung Mak Pon. Perencah Mee Bandung ini memang popular di daerah Muar. Walaupun di Muar ini terdapat perencah Mee Bandung jenama lain, perencah Mee Bandung Mak Pon juga menjadi pilihanku. Hampir kesemua pengusaha makanan di daerah ini menggunakan perencah Mee Bandung keluaran Mak Pon. Kualitinya dan keenakan perencahnya memang tidak boleh dinafikan. Aku telah lama menjadikan perencah Mee Bandung Mak Pon ini sebagai bahan utama dalam masakan Mee Bandung.

Perencah Mee Bandung Mak Pon

Kepopularan perencah ini bukan sahaja di daerah Muar dan di negeri Johor sahaja, malah popular di Kuala Lumpur. Itulah yang aku lihat semasa membeli perencah ini di kedainya. Berkotak-kotak perencah Mee Bandung Mak Pon yang di pesan mereka. Jika dulu pengusahanya membuat perencah ini di rumah mereka, sekarang mereka sudah mempunyai kedai yang lebih besar di Jalan Joned dan telah meningkatkan pengeluaran perencah mereka. Jadi masalah kekurangan permintaan dapat dikurangkan. Sebungkus perencah Mee Bandung ini dapat digunakan dengan 6 hingga 8 kg mee kuning bergantung kepada kepekatan kuah mengikut selera masing-masing.

Selain dari perencah Mee Bandung, mereka juga ada mengeluarkan perencah Mee Soto, perencah Ikan Bakar, perencah Mee Rebus dan perencah Asam Pedas Muar. Kebiasaannya, menu berbuka puasa aku nanti akan adalah Mee Bandung Muar. Sekarang cara untuk memasak Mee Bandung Muar dapat dipermudahkan dan lebih cepat kerana ianya tanpa perlu ditumis. Hanya masukkan dalam periuk, tambah air, daging atau udang serta mengikut citarasa anda, kemudian tambah mee kuning serta tunggu sehingga mendidih dan siap untuk dimakan. Sesuai untuk dihidangkan untuk berbuka puasa dan juga untuk hidangan rumah terbuka nanti. Selain itu juga, Mee Bandung sesuai untuk kenduri kendara dan jamuan ringan.

Oleh yang demikian, jika anda berkunjung ke bandar Muar nanti, jangan lupa mendapatkan perencah Mee Bandung Mak Pon sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke rumah. Memang berbaloi-baloi. Pastinya anda tidak akan menyesal nanti. Boleh ‘waze’ perencah Mee Bandung Mak Pon Muar.

DON'T FORGET TO SHARE --->
11 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.