Perjalanan JDT ke Kejohanan ACL 2015

Perjalanan JDT ke Kejohanan ACL 2015
Sumber : boysofstraits

Perjalanan JDT ke Kejohanan ACL 2015. Disini ada penerangan ringkas mengenai perjalanan pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim di dalam Kejohanan AFC Champion League (ACL) 2015.

Pasukan JDT diletakkan didalam pusingan kelayakan atau “playoff” menentang pasukan Bengaluru FC dari India, pasukan Bangkok Glass FC dari Thailand dan pasukan Beijing Guoan FC dari China.

Sekiranya pasukan JDT berjaya melepasi ketiga-tiga pusingan “playoff’ ACL maka JDT akan beraksi dalam kumpulan G Kejohanan ACL 2015 dan pasukan Selangor akan mengambil alih tempat pasukan JDT dalam kumpulan F, Piala AFC 2015.

Akan tetapi sekiranya pasukan JDT tidak berjaya atau gagal ke peringkat kumpulan Kejohanan ACL 2015 maka pasukan JDT akan beraksi dalam kumpulan F, Piala AFC 2015.

Demikianlah serba sedikit penerangan ringkas mengenai perjalanan JDT ke Kejohanan ACL 2015. Semoga pasukan JDT berjaya dalam misinya pada tahun 2015 ini sama ada dalam Kejohanan ACL 2015 mahu pun Piala AFC 2015 nanti.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.