Perkataan yang pelik

Perkataan yang pelik

Assalamualaikum & salam sejahtera. Perkataan yang pelik. Baru-baru ini sedang aku bersarapan di satu kedai di Pontian, aku terpandang perkataan yang pelik di papan tanda sebuah kedai. Menjual patil-patil kenderaan. Hah, korang tau tak apakah maksudnya patil-patil itu. Mesti korang tergelakkan. Mula-mula pening juga aku memikirkan apakah maksudnya. Aku ingatkan tuan kedai tersalah eja perkataan ke ataupun ini bahasa Jawa ke. Rupa-rupanya patil membawa maksud nombor plet kenderaan. Kedai ini sebenarnya menjual dan membuat plet-plet untuk kenderaan. Pelikkan namanya. Kalau dirujuk menggunakan kamus, patil memberi maksud kepingan papan besi (untuk papan nombor kenderaan). Respeklah aku kepada tuan kedai ini, dia telah membuat rujukan dengan kamus sebelum membuat papan tanda kedai. Aku sendiri pun tak tau maknanya sebelum menyemak kamus. Menyesal gelakkan nama kedai tu. Rupanya dapat satu ilmu baru. Respek..respek. Wassalam…peace out

SHARE IF YOU CARE --->
35 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.