Piala AFF Suzuki 2012

Piala AFF Suzuki 2012. Piala AFF Suzuki kini kembali.
Kali ini Malaysia dan Thailand menjadi tuan rumah piala berprestij di Asia ini. Kali terakhir Malaysia jadi hos kejohanan ini pada 2004, ketika itu masih dikenali sebagai Piala Tiger manakala Thailand pada tahun 2006.

Ini peluang terbaik buat Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagopal beraksi sekaligus membuktikan kehebatan bermain di hadapan ribuan penyokong sendiri. Di samping itu ini merupakan misi Skuad Harimau Malaya untuk berusaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu di Indonesia.

Malaysia diundi bersama-sama dengan Singapura, Indonesia dan pasukan berkedudukan Runner up untuk merebut tempat di dalam kumpulan B. Manakala kumpulan A ialah Thailand, Philippines, Vietnam dan pasukan yang memenangi pusingan awal untuk merebut tempat.

Perlawanan bagi kumpulan A akan bermula pada 24 November 2012 dan kumpulan B pada 25 November 2012. Perlawanan akhir akan berlangsung pada 22 Disember 2012.

Jadual Pusingan Akhir Piala Aff Suzuki Cup 2012

Diharap Skuad Harimau Malaya dapat mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012 dan membalas jasa-jasa penyokong Harimau Malaya yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan.

Wassalam………….peace out

SHARE IF YOU CARE --->
17 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.