PKNP FC vs JDT Liga Super 2019

[+] Cara buat duit di Shoppee

PKNP FC vs JDT Liga Super 2019. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

JDT vs PKNP FC Liga Super 2019

VS

PKNP FC vs JDT Liga Super 2019

PKNP FC vs JDT Liga Super 2019

Tarikh : 14hb Jun 2019 (Jumaat)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Stadium Mini Manjung

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATULINK DUALINK TIGA
JDT LiveTV3TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKANVSPASUKAN
PKNP FC ( 1 )JDT ( 1 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan PKNP FC ini adalah perlawanan keenam belas buat pasukan JDT dalam jadual Liga Super 2019. Untuk info, perlawanan Liga Super 2019 telah disambung semula selepas bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Sedia maklum juga, pemain JDT terlibat dengan pasukan Harimau Malaya bagi mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Namun pasukan JDT tidaklah boleh menjadikan kepadatan jadual sebagai alasan. Ini kerana, dengan kemenangan sahaja dapat memperkukuhkan penguasaan pasukan JDT di tangga teratas Liga Super 2019 dan menjarakkan mata dengan pesaingnya.

Prestasi pasukan PKNP FC yang kini boleh dikatakan tidak memuaskan kerana hanya menang 3 perlawanan daripada 15 perlawanan yang telah diadakan. Kini mereka menghuni di tangga kesebelas Liga Super 2019 dihadapan pasukan tercorot iaitu Felda United. Pastinya mereka akan bermain bermati-matian bagi menewaskan pasukan JDT, lebih-lebih lagi apabila mereka bermain di laman sendiri. Bahagian kejurulatihan pasukan JDT haruslah merangka strategi terbaik seperti penggiliran pemain bagi mengelakkan para pemain keletihan dan perubahan taktikal yang sesuai. Oleh yang demikian, perlawanan yang berkualiti dapat dipamerkan oleh kedua-dua pasukan itu nanti terutamanya pasukan JDT.

Semoga perlawanan antara pasukan PKNP FC vs JDT Liga Super 2019 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT. Semoga para pemain JDT juga terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong mereka layak berada dalam pasukan JDT. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT. Tunjukkan pada penyokong PKNP FC yang penyokong JDT amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.