Program Selamatkan Bakau Kita di Tg. Piai, Pontian

Assalamualaikum & salam sejahtera
Aku ditugaskan untuk menghadiri Program Selamatkan Bakau Kita di Tg. Piai, Pontian pada 12.12.2012.
Program ini juga adalah untuk mengiktiraf Pokok Bakau Minyak Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records. Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negara Johor. Aku serta rakan sekerja aku hadir bagi mewakili jabatan dan memeriahkan lagi program ini. Ianya dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Johor merangkap wakil rasmi Menteri Besar Johor.
Cuma aku terkilan tak dapat pergi ke Penghujung Benua Asia tu kerana semasa program itu berlangsung kerana air laut mengalami pasang besar dan atas faktor-faktor keselamatan pengunjung tidak dibenarkan masuk sehingga air laut surut semula. Dijangka petang sekitar pukul 3.00 pm baru air laut surut. Disini ada beberapa gambar yang sempat aku ‘snap’ di sekitar Taman Negara Tg. Piai, Pontian.
  
Pentas utama Program Selamatkan Bakau Kita di Tg. Piai, Pontian
Selamat datang ke Tg. Piai

Mercu tanda Tg. Piai

 Mecu tanda Tg. Piai
 Penunjuk arah di Taman Negara Tg. Piai

 

 Pejabat pengurusan Taman Negara Tg. Piai

 Kejadian air laut pasang besar

Flyers berkenaan Taman-taman Negara sekitar Johor
 Homestay yang terdapat sekitar Tg. Piai

Chalet yang terdapat di Tg. Piai

Pelbagai aktiviti dapat dibuat di Tg. Piai antaranya :
  • Berkhemah
  • Lawatan berpandu – Pendidikan bakau
  • Menaiki bot sekitar
  • Aktiviti kebudayaan
  • Team building dan program motivasi
  • Hari keluarga
  • Fotografi
  • Perfileman
  • Sukan lasak
  • Program pembersihan hutan bakau
  • Melihat burung, kapal-kapal dan matahari terbenam 

Harga tiket untuk masuk ke Taman Negara Tg. Piai taklah mahal cuma RM5.00 sahaja. Terdapat juga sijil perghargaan bagi pengujung yang berjaya sampai ke penghujung Benua Asia yang dijual dengan harga RM5.00. Dengan sijil ini dapatlah kita kenangan yang dapat dikongsikan bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

Kalau datang ke Pontian jangan lupa singgah ke Tg. Piai nanti….

Wassalam…..peace out

SHARE IF YOU CARE --->
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.