Program sempena Earth Hour 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera. Program sempena Earth Hour 2013. Bagi menyemarakkan program Earth Hour bagi tahun 2013 pada malam ini, Iskandar Malaysia dibawah kerajaan negeri Johor telah menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik bertempat di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru. Di antara program yang diadakan ialah :-

  • J-robik
  • Street soccer
  • Pameran
  • Demonstrasi Bio-kompos
  • Kuiz
  • Persembahan Kebudayaan
  • Konsert unplugged (artis – Aizat)

Bagi rakyat Johor Bahru khasnya, marilah datang beramai-ramai bagi memeriahkan program Earth Hour 2013 ini yang bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Jangan lupa padamkan lampu selama sejam bermula dari jam 8.30 malam hingga jam 9.30 malam bagi menyokong kempen Earth Hour dalam mengurangkan pemanasan global bagi menyelamatkan alam sekitar.
Wassalam…peace out.

P/s – Jika berkesempatan aku dan famili akan kesana…

SHARE IF YOU CARE --->
27 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.