Projek DIY pallet yang ke 2. Ini adalah projek DIY pallet aku yang ke 2 iaitu membuat rak botol sos dan botol pelbagai perisa. Idea ini datang selepas terlihat botol-botol sos dan botol pelbagai perisa yang tidak tersusun di atas kabinet dapur. Oleh itu dengan adanya rak botol sos dan botol pelbagai perisa ini, maka ruang di atas kabinet dapur kelihatan lebih kemas dan tersusun.
Idea-idea untuk membuat projek DIY dari pallet ini biasanya datang dari laman-laman sosial di Facebook dimana terdapat banyak gambar yang mempamerkan hasil-hasil perabot dari kayu pallet ini. Memang cantik, nampak klasik dan mudah untuk dibuat bagi mereka yang amatur seperti aku. Apa yang penting kena ada kerajinan, minat dan sedikit idea yang kreatif.
Untuk info seni pertukangan kayu daripada pallet ini, kini telah menjadi kegilaan buat peminat pertukangan kayu amatur seperti aku. Ini kerana hasil pembuatan barang perabot daripada pallet ini memang cantik dan paling penting mudah didapati kerana kebiasaannya kayu-kayu pallet ini tidak digunakan lagi setelah barangan atau produk tiba di kawasan penghantaran.
Mungkin hasil projek DIY pallet yang ke 2 aku ini tidaklah secantik mana, tetapi yang penting aku puas kerana dapat menghasilkan sesuatu dari barangan terbuang ini. Sebenarnya banyak lagi barangan dari pallet yang ingin aku buat. Jadi nantikanlah projek-projek DIY pallet aku yang akan datang ya. Wassalam..peace out
Cantik ! Saya suka projek-projek DIY .Kitar semula. Jimat dan puas hati sebab buat sendiri.
Memang puas hati kalau dapat siapkan.. cuma skrg ni masa je tiada..
berminat juga nak bertukang dengan kayu pallet ni
tapi tak tahu kat mana nak dapatkan kayu pallet
Cari kat kawasan kilang bro, mesti ada pallet tak guna