Projek DIY pallet yang pertama

Projek DIY pallet yang pertama. Itulah hobi aku yang terbaru. Oleh kerana minatnya aku dengan pertukangan kayu terutamanya dengan menggunakan bahan pallet, maka terhasilnya projek DIY pallet yang pertama.

Projek DIY pallet pertama

Untuk projek DIY pallet aku yang pertama ini adalah tangga mini atau kerusi kanak-kanak. Dari mana datangnya idea membuat tangga mini ini adalah kerana melihatnya betapa susahnya anak sulungku menarik kerusi untuk membasuh pinggan di sinki yang kedudukannya agak tinggi.

Download ebook panduan menjahit baju kurung

Pada mulanya aku ingin membuat kerusi kecil untuk kanak-kanak, tetapi setelah difikirkan semula, akhirnya aku memilih untuk membuat tangga mini yang boleh digunakan untuk kerusi kanak-kanak sekali. Bahan-bahan yang aku gunakan ini adalah dari pallet yang aku dapat terus dari kilang membuat pallet dan pada pendapat aku bahan pallet ini mudah didapati sama ada yang terpakai atau yang masih baru.

Kerja part time dirumah

Projek DIY pallet yang pertama ini aku usahakan bersama dengan rakan baikku, Suhaimi yang juga mempunyai minat yang sama dengan aku terhadap seni pertukangan pallet. Kebetulan beliau baru berpindah rumah dan ingin membuat barang-barang perkakasan rumah berasaskan pallet ini.

Belajar bahasa mandarin dengan mudah

Demikianlah hobi aku yang terbaru iaitu projek DIY pallet yang pertama. Selepas pasti akan ada projek pallet yang ke 2 dan seterusnya. Yang penting mesti ada minat, kemahuan, kreatif dan terus berusaha tanpa berputus asa. Wassalam..peace out.

P/s – Tak sabar nak memulakan projek DIY pallet yang ke 2.

SHARE IF YOU CARE --->
6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.