Renew insurans dan cukai jalan kereta online

Assalamulaikum & salam sejahtera.  Renew insurans dan cukai jalan online. Disini aku nak kongsikan cara paling mudah untuk renew insurans dan cukai jalan kereta secara online. Yang penting dalam bank ada duitnya dan mempunyai line internet. Ini semua adalah daripada pengalaman aku sendiri.

Cara renew insurans kereta dan cukai jalan online

renew insurans dan cukai jalan kereta online

Bagi renew insurans kereta, aku telah menggunakan khidmat insurans di motortakaful.com. Disini ianya menggunakan insurans dari Etika Takaful Sdn. Bhd. Melayari laman web motortakaful ini amatlah mudah. Cuma isi sahaja maklumat-maklumat yang dikehendaki di ruangan yang disediakan. Korang juga boleh semak berapa nilai NCD kereta yang ada. Disini juga korang boleh menentukan berapa nilai insurans yang sesuai untuk kereta korang serta insurans tambahan yang korang perlukan seperti insurans penumpang dan insurans cermin kereta. Dan yang paling penting menggunakan khidmat motortakaful.com ini melayakkan korang mendapat diskaun 10% bagi nilai insurans yang berjaya didaftarkan. Contohnya jika nilai insurans RM 1000, maka selepas diskaun 10%, korang hanya perlu membayar  RM 900 sahaja. Nampak, banyak boleh jimat dengan hanya renew insurans online.

Ingin buat duit dengan affiliates!

Selepas bayaran dibuat, salinan insurans korang akan terus dihantar ke emel korang untuk simpanan. Pihak Etika Takaful juga akan menghantar hard copy ke rumah korang atas permintaan. Kemudian jika insuran korang berjaya didaftarkan ke pihak JPJ, maka korang boleh pula renew cukai jalan dengan menggunakan khidmat MyEg. Sekiranya korang ada saman yang belum dibayar, kena buat pembayaran saman dahulu. Selepas selesai pembayaran dibuat, maka pihak MyEg akan menghantar cukai jalan melalui pos berdaftar dan melalui khidmat despatch dengan bayaran tambahan sedikit. Ataupun korang boleh mengambil sendiri cukai jalan berkenaan di cawangan MyEg yang berhampiran.

renew insurans dan cukai jalan kereta online

Itulah cara aku renew insurans dan cukai jalan kereta secara online. Setakat ini tiada masalah. Pada aku inilah yang paling mudah dan menjimatkan masa serta kos daripada terpaksa mengambil cuti tahunan untuk menguruskan insurans dan cukai jalan. Dengan internet macam-macam kita boleh buat malah boleh menambah pendapatan lagi jika mahu.  Apa kata korang cuba dahulu renew insurans dan cukai jalan kereta online dan buat perbandingan dengan cara konvensional. Pasti ada bezanya nanti. Wassalam..peace out

SHARE IF YOU CARE --->
26 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.