Review produk Huggies Dry Pants : Tukarlah untuk lebih senang dipakai

Review produk Huggies Dry Pants : Tukarlah untuk lebih senang dipakai

Assalamualaikum & salam sejahtera. Review produk Huggies Dry Pants : Tukarlah untuk lebih senang dipakai. Baru-baru ini pihak Huggies dengan kerjasama Nuffnang telah menghantar satu sampel produk lampin pakai buangnya yang terbaru iaitu Huggies Dry Pants untuk digunakan. Didatangkan dengan 3 saiz berbeza iaitu saiz M, L dan XL serta beberapa lagi barangan dari Huggies. Jadi ketiga-tiga hero yang berumur antara 9 bulan hingga 5 tahun adalah calon yang sesuai untuk aku mencuba produk Huggies Dry Pants ini. Dengan adanya lampin pakai buang Huggies ini dapat heroku ini belajar seperti memakai seluar dalam. Dan yang paling manisnya dengan hanya koyak, salin dan lepas, memakaikan mereka hanya mengambil masa yang singkat dan pantas. Sungguh senang dan mudah.

Review produk Huggies Dry Pants : Tukarlah untuk lebih senang dipakai

Sedikit info mengenai Huggies Dry Pants ini ialah satu lampin pakai buang yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif. Dengan hanya koyak, salin dan lepas, pasti membuatkan para ibu bapa tertarik menggunakan lampin Huggies Dry Pants ini. Tambahan pula dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa bayi sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Dan tidak lupa juga Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Inilah yang paling penting dalam pemilihan lampin pakai buang untuk bayi.

Review produk Huggies Dry Pants : Tukarlah untuk lebih senang dipakai

Jika berminat untuk mencuba lampin pakai buang Huggies Dry Pants ini boleh mendapatkan sampel percuma disini. Untuk maklumat lanjut mengenai Huggies Dry Pants bolehlah layari laman sosial facebook Huggies di www.facebook.com/Huggies.Malaysia. Terima kasih Nuffnang kerana memberikan peluang ini kepada aku. Wassalam…peace out

Review produk Huggies Dry Pants : Tukarlah untuk lebih senang dipakai

P/s – Entri ini adalah entri sponsored post….

DON'T FORGET TO SHARE --->
24 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.