Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam. Bercuti ke tempat-tempat peranginan di dalam negara atau pun di luar negara pastinya menjadi keinginan setiap orang. Namun masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menghabiskan masa cuti dan berada jauh daripada kesibukan bekerja di tempat masing-masing. Ada di antara mereka yang suka menghabiskan masa bersama keluarga selain bersama rakan-rakan untuk melakukan aktiviti yang digemari.

Bagi penjawat awam, tahukah anda bahawa terdapat satu kemudahan yang telah disediakan bagi memudahkan anda untuk bercuti dan melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan? Kemudahan ini disediakan oleh pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan perdana Menteri kepada penjawat awam untuk memohon atau menempah penginapan rumah-rumah peranginan bagi tujuan bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan mahupun aktiviti kerja dengan kadar sewa yang berpatutan.

Kategori Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Tempahan rumah-rumah peranginan ini boleh dibuat menerusi online kerana ianya akan memudahkan penjawat awam untuk merancang percutian mereka berdasarkan pilihan rumah-rumah peranginan yang ada. Terdapat tiga kategori pilihan rumah peranginan yang disediakan dan dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) iaitu;

  • Rumah Peranginan Persekutuan Premier
  • Rumah Peranginan¬†¬†Persekutuan Eksekutif
  • Rumah Transit

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Terdapat 6 pilihan lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Primier) yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • RP Bukit Fraser (The Lodge)
  • RP Tanjung Tuan
  • RP Cameron Highland
  • RP Singapura
  • RP Labuan
  • RP London

Kelayakan Memohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan (Premier) adalah seperti berikut :-

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kelayakan untuk menginap adalah mengikut kelayakan tertentu bermula daripada Gred 48 dan ke atas.

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Peranginan Persekutuan (Primier) adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Terdapat 7 pilihan lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • RPP Bukit Fraser
  • RPP Morib
  • RPP Cameron Highland
  • RPP Port Dickson
  • RPP Pulau Langkawi
  • RPP Tasik Kenyir
  • RPP Pulau Pinang

Kelayakan Pemohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun (7 hari dari tarikh menginap)
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Transit

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Rumah Transit adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;

  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan
  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters
  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan
  • Penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan
  • Penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya)
  • Penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki

 

Terdapat 7 pilihan lokasi Rumah Transit yang disediakan oleh BPH iaitu;

  • Putrajaya (Semi-D & Apartmen)
  • KKKA Jalan Duta, Kuala Lumpur
  • KKKA Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
  • KKKA KLIA, Sepang
  • KKKA Tanjung Kupang, Johor
  • Labuan (Banglo)
  • Port Dickson, Negeri Sembilan

Terdapat juga Rumah Transit baru yang akan dibuka di 2 lokasi seperti berikut;

  • KKKA Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur
  • Labuan

Kelayakan Pemohon

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di Rumah Transit adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri

Kadar Sewa

Kadar sewa yang dikenakan ke atas Rumah Transit adalah seperti berikut;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Cara membuat permohonan atau tempahan

Untuk membuat permohonan atau tempahan Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam, pemohon perlu mendaftar di laman rasmi Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) untuk mendapat ID Pengguna. Laman rasmi adalah seperti berikut;

[+] Klik Disini Untuk Mendaftar ID Pengguna

Selepas selesai mendaftar dan mengisi maklumat yang diperlukan, kata laluan akan dihantar melalui e-mail dan anda boleh mula membuat tempahan. Seelok-eloknya, anda perlu membuat  tempahan tiga bulan sebelum bagi memastikan percutian atau aktiviti anda dapat dilaksanakan dengan jayanya. Untuk makluman, permohonan atau tempahan untuk penginapan Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam telah diseragam dan dibuka 3 kali setahun. Berikut adalah tarikh tempahan yang ditetapkan;

Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam

Semoga perkongian mengenai Rumah Peranginan Persekutuan untuk Penjawat Awam ini dapat memberikan anda sedikit info dan mempermudahkan urusan percutian anda. Selamat bercuti!

SHARE IF YOU CARE --->
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.