Rumah PR1MA bukan untuk kakitangan awam kerajaan negeri

Rumah PR1MA bukan untuk kakitangan awam kerajaan negeri. Pelik bukan? Sila baca kisah ini sehingga tamat sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Umum mengetahui bahawa perumahan PR1MA ini yang dilancarkan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).  Ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.Rumah PR1MA bukan untuk kakitangan awam kerajaan negeri

Kenapa rumah PR1MA bukan untuk kakitangan awam kerajaan negeri

Ya, pasti anda tertanya-tanya kenapa rumah PR1MA bukan untuk kakitangan awam kerajaan negeri. Ini kerana jika kakitangan awam kerajaan negeri ingin membeli rumah PR1MA ini, maka mereka perlu mendapatkan pembiayaan pinjaman menerusi bank-bank tempatan yang terpilih seperti Maybank, CIMB, Bank Rakyat atau Ambank. Pihak PR1MA tidak menerima pembiayaan pinjaman perumahan dari kerajaan negeri. Hanya pembiayaan perumahan dari kerajaan persekutuan sahaja yang diterima oleh PR1MA iaitu menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang dikhaskan untuk kakitangan awam kerajaan persekutuan.

Ini adalah antara sebab-sebab kakitangan awam kerajaan negeri agak sukar memiliki rumah yang disediakan oleh pihak PR1MA terutamanya bagi mereka yang berpendapatan sederhana rendah dan mempunyai komitmen lain di dalam slip gaji mereka. Jika pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan negeri ini diterima oleh PR1MA, secara tidak langsung ianya akan memudahkan urusan mereka dalam proses membuat pembiayaan pinjaman perumahan dimana hanya berurusan di peringkat jabatan dan pejabat perbendaharaan negeri sahaja serta jika pembiayaan pinjaman mereka diluluskan potongan gaji boleh terus dibuat di dalam slip gaji mereka. Menerusi pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan negeri juga rasanya kadar faedah yang dikenakan tidak tinggi berbanding dengan bank-bank tempatan yang lain. Ada juga yang tiada langsung kadar faedah yang dikenakan (zero interest) seperti yang diamalkan oleh kerajaan negeri Johor. Oleh yang demikian, jika anda kakitangan awam kerajaan negeri berhasrat dan ingin juga membeli rumah PR1MA ini, maka hanya pembiayaan pinjaman dari bank tempatan sahaja yang dibenarkan oleh PR1MA.

Demikianlah serba sedikit kisah mengenai rumah PR1MA bukan untuk kakitangan awam kerajaan negeri yang dapat dikongsikan untuk anda diluar sana. Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang dialami oleh kakitangan kerajaan negeri itu sendiri baru-baru ini. Diharapkan jika pihak PR1MA membaca kisah ini, dapatlah sekiranya mempertimbangkan pembiayaan perumahan untuk kakitangan awam dari kerajaan negeri ini. Bukan semuanya layak mendapat pembiayaan perumahan dari pihak bank tempatan. Bagi kakitangan awam kerajaan negeri yang layak mendapat pembiayaan perumahan dari pihak bank, tahniah diucapkan. Jika perkara ini mendapat perhatian pihak PR1MA, secara tidak langsung juga dapatlah membantu kakitangan awam kerajaan negeri memiliki rumah yang mereka idamkan.

Bagi rakyat negeri Johor atau yang tinggal di negeri Johor, bolehlah baca entri dibawah ini dan seterusnya mendaftar untuk memiliki Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ). Semoga berjaya memiliki rumah idaman anda.

[+] Daftar online Rumah Mampu Milik Johor

P/s – Kisah ini adalah sekadar pandangan peribadi sahaja. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak atau mewakili mana-mana pihak yang terlibat.

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.