Sambutan Hari Bapa

Sambutan Hari Bapa
Menunggu sebelum naik ke pentas

Assalamualaikum & salam sejahtera. Sambutan Hari Bapa. Baru-baru ini taska dimana tempat hero-heroku dijaga iaitu Taska D’Utama, Tampoi telah mengadakan satu majlis Sambutan Hari Bapa dengan kerjasama pasar raya Kipmart Tampoi. Majlis secara sederhana yang dianjur itu bagiku cukup meriah kerana penglibatan hero-heroku yang sulung iaitu Anaqie dan heroku yang kedua iaitu Aiman membuat persembahan di atas pentas.

Sambutan Hari Bapa
Membuat persembahan di atas pentas

Hero-heroku bersama dengan kanak-kanak lain membuat persembahan nyanyian untuk bapa iaitu lagu Bapaku Pulang dan Sayangilah Bapa. Memang seronok melihat gelagat heroku bila mereka berada diatas pentas. Lepas je selesai menyanyi mereka terus menari lagu Chicken Dance beramai-ramai bersama bapa masing-masing sambil membakar lemak. Pada aku inilah Sambutan Hari Bapa yang paling bermakna buatku semenjak berkahwin 6 tahun yang lepas. Wassalam…peace out

 

DON'T FORGET TO SHARE --->
25 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.