Sambutan Hari Kekasih dilarang

Sambutan Hari Kekasih dilarang
Sumber : iluvislam.com


Assalamualaikum & salam sejahtera. Sambutan Hari Kekasih dilarang. Hari Kekasih atau Valentine’s Day disambut diseluruh dunia pada 14 hb Februari setiap tahun. Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Asal usul Valentine’s sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari memperingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Maka barang siapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat   menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day. Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam seperti pembaziran terhadap pemberian hadiah yang mahal-mahal serta perbuatan maksiat. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Jadi kepada umat Islam di Malaysia khususnya muda mudi, janganlah menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day kerana ianya dilarang di dalam Islam selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak

Sumber : e-fatwa.gov.my

P/s – Aku menyambut Hari Kekasih pada setiap hari, kasih kepada keluargaku…

SHARE IF YOU CARE --->
42 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.