Selamat Hari Merdeka ke 56

Selamat Hari Kemerdekaan ke 56Assalamualaikum & salam sejahtera. Selamat Hari Merdeka ke 56. Sudah 56 tahun Malaysia merdeka. Tema hari kemerdekaan pada tahun ini pula ialah “Malaysiaku berdaulat, tanah tumpahnya darahku”.

Pada aku tema kali ini bertepatan dengan apa yang telah berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini. Peristiwa yang paling besar ialah pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa ini memberikan kesan yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah. Juga kepada pasukan keselamatan iaitu Polis dan Tentera yang bersusah payah mempertahankan kedaulatan negara sehingga ada yang terkorban. Jasa mereka memang amatlah dihargai.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya buat pembaca blog aku ini. Semoga kita terus menikmati kemerdekaan ini dengan penuh keharmonian dan aman damai. Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
18 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.