Selangor FA vs JDT Liga Super 2017

Selangor FA vs JDT Liga Super 2017. Ini adalah perlawanan kesembilan belas antara pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim vs pasukan Selangor FA dalam Liga Super 2017. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Ebook menjahit pelbagai baju

Selangor FA vs JDT Liga Super 2017VSSelangor FA vs JDT Liga Super 2017

Selangor FA vs JDT Liga Super 2017

Tarikh : 5hb Ogos 2017 (Sabtu)

Masa : 8.45 Malam

Tempat : Stadium MP Selayang

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATU
LINK DUA
LINK TIGA
JDTTV
TV3
TV9

Keputusan perlawanan :

PASUKAN
PASUKAN
Selangor FA ( 2 )
VS
JDT ( 1 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Selangor FA ini adalah perlawanan kesembilan belas buat pasukan JDT dalam Liga Super 2017. Perlawanan ini amat penting buat pasukan JDT kerana ini adalah perlawanan penentuan kejuaraan Liga Super 2017. Jika pasukan JDT berjaya memenangi perlawanan ini, maka juara Liga Super 2017 dapat ditabalkan dengan lebih awal dan masih berbaki 3 perlawanan lagi. Umum mengetahui yang pasukan Selangor FA telah berjaya mengalahkan pasukan JDT dalam perlawanan Piala Malaysia 2017 dengan jaringan 3 – 2 baru-baru ini. Manakala dalam perlawanan Liga Super 2017, pasukan JDT hanya berjaya mengikat pasukan Selangor FA tanpa jaringan. Oleh yang demikian pasukan JDT janganlah mengambil mudah dan memandang rendah kemampuan pasukan Selangor FA ini. Pastinya pasukan Selangor FA akan memantapkan barisan serangan dan pertahanan mereka dalam menghadapi pasukan JDT yang akan bertandang ke Stadium MP Selayang nanti. Bagi pasukan JDT, inilah masanya barisan kejurulatihan memantapkan taktikal dan strategi yang baik bagi mengutip 3 mata berharga dan seterusnya memenangi kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.

Semoga perlawanan Selangor FA vs JDT Liga Super 2017 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT dan dapat mengekalkan prestasi yang konsisten serta bermain bersungguh-sungguh di halaman lawan demi membuktikan yang pasukan JDT masih lagi pasukan yang masih lagi memberikan saingan yang sengit. Semoga para pemain JDT terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong permainan bola yang sebenar. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT serta tunjukkan pada penyokong Selangor FA yang penyokong Johor amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.