Senarai pemain JDT 2015

Senarai pemain JDT 2015. Musim 2014 telah pun meninggalkan kita dan musim 2015 akan menjelma tidak lama lagi. Pasti setiap pasukan akan mempersiapkan pasukan masing-masing. Tidak ketinggalan juga untuk pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim. Berikut adalah senarai pemain pasukan JDT bagi musim 2015.

Senarai pemain JDT 2015
Sumber : johorsoutherntigers.com.my

Untuk musim 2015 kali ini pasukan JDT hanya melakukan rombakan kecil di bahagian pertahanan, penjaga gol dan juga bahagian tengah. Antara muka baru yang mewakili pasukan JDT pada musim depan adalah Mohd Farizal Marlias, Mohamad Fandi Othman, Mohamad Amer Saidin, Junior Eldstal, Kunalan Subramaniam dan Suppiah Chanturu. Untuk bahagian serangan masih mengekalkan pemain sedia ada. Hanya Norshahrul Idlan Talaha sahaja yang berhijrah ke pasukan ATM FC.

Manakala pemain tengah Gary Steven Robbat masih lagi belum dapat dipastikan kerana adanya kontroversi mengenai pasukan manakah yang akan diwakili oleh pemain tersebut. Semoga selepas berakhirnya perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 ini, dapatlah kontroversi pemain ini diselesaikan dengan baik.

Diharap senarai pemain JDT 2015 ini dapat memperkuatkan pasukan JDT itu sendiri dan seterusnya dapat mengharungi musim 2015 dengan mendapat keputusan yang lebih baik lagi. Semoga senarai pemain ini juga dapat menyaingi kekuatan pasukan yang akan bertanding di dalam Piala AFC 2015 nanti.

Untuk senarai pemain JDT II musim 2015 sila ke laman fanpage Johor Southern Tigers dibawah ini;

[+] Senarai pemain JDT II

“Luaskan kuasamu Johor”

P/s – Jika ada perubahan akan dimaklumkan kemudian.

DON'T FORGET TO SHARE --->
4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.