Shandong Luneng FC vs JDT Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019

Shandong Luneng FC vs JDT Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019. Berikut adalah butir-butir perlawanan tersebut:

[+] Buat duit dengan Shopee

Shandong Luneng FC vs JDT Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019

VS

Shandong Luneng FC vs JDT Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019

Shandong Luneng FC vs JDT Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019

Tarikh : 9hb April 2019 (Selasa)

Masa : 7.30 Malam (Waktu tempatan)

Tempat : Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan

Live streaming (Jika ada) :

LINK SATULINK DUALINK TIGA
JDT LiveFox SportTV9

Keputusan perlawanan :

PASUKANVSPASUKAN
Shandong Luneng FC ( 2 )TJDT ( 1 )

[+] Kerja part time dirumah DIPERLUKAN!

Perlawanan antara pasukan JDT dengan pasukan Shandong Luneng FC ini adalah perlawanan ketiga dalam jadual Liga Juara-Juara AFC 2019 atau ACL 2019. Untuk info, JDT diletakkan bersama-sama pasukan Kashima Antlers (Jepun), Gyeongnam FC (Korea Selatan) dan Shandong Luneng FC (China) dalam Kumpulan E.

Pasukan Shandong Luneng FC atau nama penuhnya Shandong Luneng Taishan FC ini merupakan pasukan dari wilayah Jinan, Shandong, China. Pada musim 2018, pasukan ini berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super China 2018. Pasukan Shandong Luneng FC ini tampak tidak menyerlah dalam Liga Super China 2018. Akan tetapi dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019, pasukan ini mendapat keputusan seri dalam 2 perlawanan sebelumnya di Kumpulan E. Ini kerana Shandong Luneng FC telah memperkuatkan pasukannya dengan membeli pemain dari Belgium iaitu Marouane Fellaini yang pernah bermain untuk pasukan Manchester United dan 2 lagi pemain dari Brazil.

Pastinya pasukan JDT perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal kerana untuk perlawanan kali ini, mereka bermain di stadium lawan. Pada masa yang sama juga, pasukan JDT terutamanya pemain bahagian serangan iaitu Diego Luis Santo dan Gonzalo Cabrera serta pemain muda Akhyar Rashid dan Safawi Rashid perlu bekerja keras memastikan pasukan JDT dapat menjaringkan gol. Bahagian pertahanan juga haruslah diberikan perhatian untuk menghadapi serangan pasukan Shandong Luneng FC nanti dan jangan membuat kesilapan mudah. Pasukan perlulah menang pada perlawanan ini bagi menghidupkan peluang ke pusingan kedua nanti.

Semoga perlawanan Shandong Luneng FC vs JDT Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019 ini dapat memberikan keputusan yang baik buat pasukan JDT. Semoga para pemain JDT juga terus memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan kepada para penyokong mereka layak berada dalam pasukan JDT. Untuk penyokong pasukan Harimau Selatan yang hadir menyaksikan perlawanan disana nanti pula diharap dapat menjaga disiplin dan menjaga nama baik pasukan JDT. Tunjukkan pada penyokong Shandong Luneng FC yang penyokong JDT amat bertamadun mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Luaskan kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.