Blogging

Shopping raya

Baju untuk papa

Assalamualaikum & salam sejahtera. Shopping raya. Hari Isnin lepas aku berkesempatan membeli belah atau shopping raya untuk kesemua hero-heroku. Kebetulan aku bercuti pada hari tersebut kerana menjaga heroku yang sulung Anaqie demam di rumah. Aku bershopping raya awal ni pun kerana mengelakkan kesesakan yang biasa berlaku di pasar raya bila ada jualan murah hari raya nak-nak bila bershopping di hujung minggu. Lagipun sementara isteriku masih larat berjalan, maklumlah kandungan sudah masuk 37 minggu, jadi aku pun preparelah awal-awal.

Baju untuk Anaqie & Aiman

Destinasi shopping raya aku ialah di Aeon Tebrau City, Tebrau. Nasib baik jugalah aku pergi shopping pada hari bekerja, orang pun tak ramai. Nak memilih baju pun selesa. Biasalah bila ada anak lelaki ni kerenahnya memang luar biasa sikit. Nak pilihkan diorang baju, memang boleh menguji kesabaran. Nasib baiklah hari itu mereka tak banyak karenah. Bila isteriku pilih diorang setuju je. Syukur.

Baju untuk Azeeq

Akhirnya selesai juga aku shopping raya. Papanya dan hero-heronya semua dah dapat bahagian masing-masing. Cuma mummynya belum beli apa-apa lagi. Takpe kata isteriku, lepas ni keluar bershopping raya hanya beli bajunya saja. Sekarang ni tinggal sikit-sikit je persiapan raya aku. In shaa Allah akan selesai sebelum minggu terakhir berpuasa. Persiapan raya korang macam mana? Dah shopping ke? Jangan shopping last minit.Wassalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Aku.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

38 Comments on “Shopping raya”

  • hari raya tidak pernah shopping untuk sendiri,hanya anak-anak saja

    • Yalah kita hanya mahu lihat anak2 bergembira betul tak

  • Masa ni terpancar wajah gembira dalam jiwa anak-anak..saya belum shopping raya lagi..minggu depan kot..hehe

  • cerita ban shopping pasti yg lebih teruja adalah kaum wanita ;), kami dah siap shopping jugak 😉

    • Senang kalu dah siap shopping, boleh buat kuih dan buat baju pulak

  • Shopping baju raya yang boleh dipakai juga selepas hariraya. Itu shopping cara orang bijak.

    • Betul tu bro kita kena bijak berbelanja…

  • terbaik bro.. den ni tak sempat lagi nak bershopping sakan..

    • Senang shopping awal, bro bz sangat agaknya dgn event2 hihihi

  • huh tema batman ke tu….

    • Batman dan ben 10 bro, baju lain taknaknya diaorg pakai…

  • eloklah bro shopping awal…kalau shopping last minit memang sesak kan

    • Ye puteri, kalau bujang bolehlah, ni dah ada anak keselesaan bershopping lagi penting hihihi

      • ha ah betul juga tu bro. Kalau sesak..bahaya juga bawa budak-budak kang ada yang tersesat plak waktu ibu bapa tengah fokus pilih baju

        • Tau takpe, kalau hilang susahlah…

  • hm.. tahun ni ala kadar je.. beli je la baju t-shirt RM10

    • Yeke bro ni beli tshirt rm10 hihihi

  • wahh, dah shopping raya……balik kampung mana ni bro?

    • Dah setel dah bro, senang tinggal nak kemas rumah je.
      Tahu kwn beraya kampung mentua di batu pahat…

  • shopping baju elok awal-awal sikit banyak pilihan. kalau shopping kuih last minit ok la, kot ada-ada diskaun besar/ lelong…

    • shopping kuih memang kena last minit DH, baru boleh dapat banyak

  • Shopping awal bagus tuan untuk elakkan kesesakan…

    saya suka juga gi tebrau city dulu untuk tengok wayang…

    • betul tu DD, yeke saya selalu gak pergi situ pasal banyak pilihan

  • anak bro mesti peminat Ben10 dan Batman yer…hehe

    • itulah yang diorang suka sangat, tak nak pakai yang lain..

  • jusco tebrau port kita juga tu hehe

    • boleh kita jumpa lagi nanti tunggu bro belanja makan hihihi

      • alah setakat makan ok je , bukan kau kuat makan pun haha

        • Nak suruh ko blaja kat krr setia tropikalah hihihi

  • masih belum mencari baju raya…nak ke angsana or bukit indah? huhu.. kdg2 serabut dgn lautan manusia. esp pada hjg minggu, tp nak buat cmne kan? bukan kita sorg nak beraya 🙂

    • pergi bkt indah je taklah ramai sgt org, kalau angsana tak sanggup aku..kalau takde anak takpe..

  • aishh..gua nak shopping jugak la ini macam..

    • Uih shopping bro jangan tak shoppping….

  • shopping awal2 senang….

  • perghh dah buat persiapan bro.. huhuhuhu aku belum sempat lagi.. ekekeke..

    • dah ada famili ni kena rancang betul2 hihihi

  • aku belum beli apa2 lagi
    tengok la dalam sehari dua ni
    harap2 ada masa nanti

    • beli awal2 bro nanti sesak bila raya dah dekat…uih tak sanggup kwn nak mengadapnya