Blogging

Style rambut lelaki terbaru

Style rambut lelaki terbaru. Gaya atau style rambut memang tidak boleh dipisahkan bukan sahaja kaum perempuan, malah kaum lelaki juga. Tak kiralah dari kanak-kanak, remaja hinggalah ke dewasa semuanya mahukan style rambut yang terbaru dan penampilan mengikut trend yang terkini. Oleh itu disini dikongsikan beberapa style rambut lelaki terbaru dan juga popular serta yang sering digayakan untu semua peringkat umur.

Style rambut lelaki terbaru

Style rambut lelaki terbaru

Style rambut lelaki terbaru

Style rambut lelaki terbaru

Itulah sebahagian gaya atau style rambut lelaki terbaru yang sering menjadi ikutan ramai atau trend masa kini. Antara yang paling popular adalah style pompadour, side part, fade dan undercut. Style rambut lelaki ini pastinya tidak lengkap jika tidak dikenakan dengan produk perapi rambut atau bahasa mudahnya ialah minyak rambut. Terdapat dua jenis produk perapian rambut yang sering digunakan bagi melengkapkan penampilan yang menarik iaitu jenis pomade dan wax.

Produk perapian rambut jenis pomade adalah untuk gaya rambut yang tahan lama dan kelihatan basah sepanjang masa. Manakala produk perapian rambut jenis wax pula adalah untuk gaya rambut yang tahan lama tetapi sentiasa kelihatan kering. Kedua-dua jenis produk perapian ini memang sinonim dengan style rambut lelaki terbaru ini. Jadi apakah pilihan gaya atau style rambut untuk anda? Apa-apa pun pilihan anda pastikan ianya sesuai dengan dengan penampilan anda dan tidak melampaui batas susila kita sebagai umat Islam yang mementingkan imej yang bersih, kemas dan bersederhana.

DON'T FORGET TO SHARE --->

Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Aku.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

8 Comments on “Style rambut lelaki terbaru”

  • untuk anak muda saya suke potong rambut model mohawk

    • Lepasan sekolah bolehlah gaya tu..

  • tak nak trendkan rambut sebab dah botakkan kepala

    • Takpe tunggu pjg skit, trendkan balik hihihi

  • Trend sekarang, Selalu nampak Undercut & Fade 🙂

    • Betul tu 2 trend tu memang popular..

  • Sesuai untuk golongan muda… Golongan yang dah agak berusia macam saya ni, segan nak tiru design orang-orang muda ni… hehehe

    • Boleh aje boleh style side part tu sesuai..