Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017

Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017. Umum mengetahui yang Malaysia sekali lagi telah terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan terbesar di Asia iaitu Sukan Sea ke 29 yang diadakan di Kuala Lumpur bagi tahun 2017. Kejohanan berprestij ini bermula dari 19 hingga 30 Ogos 2017 dan bagi Sukan Para Asean ke 9 diadakan pada 17 hingga 23 September 2017. Sehingga kini, Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Kali terakhir Malaysia menjadi berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Sukan Sea dengan pungutan pingat emas sebanyak 111 pingat adalah pada tahun 2001.

Tema, logo dan maskot Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017

Sebagaimana kebiasaan bagi setiap edisi Sukan Sea pasti akan ada tema, logo dan maskotnya tersendiri. Bagi edisi Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017 kali ini, tema, logo dan maskot yang diperkenalkan adalah Bangkit Bersama, Wau Bulan dan Rimau.

Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017

  • Bangkit Bersama – Tema Kuala Lumpur 2017 kali ini ialah ‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan ketibaan era di mana negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai sebuah komuniti. Rantau ini telah sekian lama menempa nama di persada antarabangsa dan kini sekali lagi mencipta sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran. Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu detik yang penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang pertama diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015. Ia akan menjadi bukti bahawa sukan bukan sahaja akan memainkan peranan penting untuk menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan meningkatkan semangat juang kesukanan kita, malah ia juga dapat meningkatkan dan memberi inspirasi kepada seluruh warga rantau ini.

 

  • Wau Bulan – Logo ini pula dicipta berasaskan Wau Bulan, lambang kebanggaan Malaysia. Wau Bulan adalah sejenis layang-layang berbentuk bulan sabit yang terkenal di Pantai Timur negara ini. Keunikan rekabentuk dan kehalusan ukiran hiasannya, serta keindahan gemalainya melayang di angkasa melambangkan kuasa terunggul sebagai juara. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara untuk membentuk identiti Kuala Lumpur 2017.

 

  • Rimau -Sebagai lambang semangat sukan yang membara, kita memerlukan maskot yang hebat dan menarik. Maskot yang terpilih untuk Kuala Lumpur 2017 ialah spesis Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. Namanya adalah Rimau.

    RIMAU ialah singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) dan Bersatu (Unity).

Jadual Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017

Berikut adalah jadual Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017 yang terkini disediakan untuk peminat-peminat dan penyokong-penyokong pasukan Malaysia khususnya datang memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia.

Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017Semoga penganjuran Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur 2017 kali ini akan berlangsung dengan penuh gemilang dan jayanya serta mampu menobatkan Malaysia sebagai juara keseluruhan sekaligus mengulangi kejayaan sebagaimana Sukan Sea Kuala Lumpur pada tahun 2001.

Sumber : www.kualalumpur2017.com.my

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.