Sup Ikan Merah dan Udang Goreng Kunyit

Sup Ikan Merah dan Udang Goreng KunyitAssalamualaiku & salam sejahtera. Sup Ikan Merah dan Udang Goreng Kunyit. Inilah menu berbuka puasa aku yang dimasak sendiri oleh aku. Oleh kerana isteriku masih di dalam wad kerana tekanan darahnya rendah, jadi untuk menu berbuka puasa kali ini aku pilih untuk memasak sendiri. Almaklumlah harga makanan di bazar ramadhan sekarang ni boleh juga tahan mahalnya. Lagipun lauk pun ada, bahan perencah pun ada, apa lagi masaklah. Sup Ikan Merah tu khas untuk aku dan Udang Goreng Kunyit tu untuk hero-hero aku. Sekurang-kurangnya dapatlah aku berjimat sikit. Lagipun rasa puas dapat makan masakan sendiri ni. Okay untuk menu berbuka akan datang tak tau lagi. Tunggu ajelah. Wassalam…peace out

 

DON'T FORGET TO SHARE --->
29 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.