Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang

 Pintu masuk ke Taman Hutan Lagenda

Baru-baru ni aku telah dihantar berkursus selama 3 hari 2 malam di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang terletak berhampiran dengan Air Terjun Gunung Ledang.
Kawasan ini memang sesuai sekali untuk berkursus serta untuk berehat kerana kedudukannya terletak di kaki Gunung Ledang. Jarak masuk ke dalam hanyalah 5 km dari jalan utama iaitu Jalan Muar ke Segamat.

Banyak kemudahan yang disediakan seperti surau, dewan makan, dewan kuliah, dormitri dan chalet terdapat di taman ini. Ada kawasan air terjun untuk mandi-manda, jungle trekking, dan perkhidmatan mendaki Gunung Ledang boleh didapati disini. Selesa jugaklah. Aku tak sempat nak buat aktiviti, hatta mandi-manda pun tak sempat kerana faktor masa yang padat dan cuaca hujan yang turun. Jadi disini aku ada ambil beberapa gambar yang sempat aku ‘snap’ disekitar kawasan Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor, Gunung Ledang.

 Kawasan dormitri yang aku tinggal
 Pejabat pengurusan Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. 
Dewan kuliah yang disediakan

Wassalam………..peace out

P/s – tempat ni sesuai untuk famili day, buat brain storming dan berriadah.

DON'T FORGET TO SHARE --->
10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.