Tapau Kacang Pool Larkin Bomba

Tapau Kacang Pool Larkin Bomba

Assalamualaikum & salam sejahtera. Tapau Kacang Pool Larkin Bomba. Kacang Pool Larkin Bomba memang antara makanan kegemaran aku sekeluarga. Inilah menu makan malam aku baru-baru ini. Oleh kerana isteriku yang sedang sarat berbadan dua ni, jadi untuk makan malam aku hanya menapau ajelah. Kesian, bagilah rehat.

Kalau korang nak tau Kacang Pool Larkin Bomba ini memang popular kat Johor Bahru. Kedai Kacang Pool Larkin Bomba ini terletak di Medan Selera dan Bazar Larkin bersebelahan dengan Balai Bomba Larkin, Johor Bahru. Tulah yang dapat nama jolokan Kacang Pool Larkin Bomba. Kalau tak tau juga kat mana boleh tanya kat pakcik google, taip je Kacang Pool Larkin Bomba. Mesti ada punya. Tak tanya orang Johor Bahru mesti tau punyalah.

Dan tak salah aku juga kedai Kacang Pool Larkin Bomba ini mempunyai cawangan kat Kuala Lumpur tapi tak taulah kat belah mana. Bagi aku Kacang Pool Larkin Bomba ini sangat istimewa kerana masakan kuah dagingnya memang sedap, cukup dari segi rasanya dan tak muak. Jadi kalau korang turun Johor Bahru nanti, jangan lupa singgah kat Medan Selera dan Bazar Larkin tu dan pekena Kacang Pool Larkin Bomba. Sedap, tak tipu punya dan kedainya dibuka dari pagi hingga ke malam. Wasalam…peace out

DON'T FORGET TO SHARE --->
48 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.