Tarikh akhir pengeposan serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017
Tarikh akhir pengeposan serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017. Ya, disini ada perkongsian mengenai pengumuman tarikh akhir pengeposan serahan atau barang di Pejabat Pos seluruh Malaysia sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017 buat pelanggan-pelanggan Pos Malaysia Berhad.
Tarikh akhir pengeposan serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017
Berikut adalah tarikh akhir pengeposan serahan yang diumumkan oleh Pejabat Pos seluruh Malaysia sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017;
Oleh yang demikian, kepada para pelanggan yang sering menggunakan perkhidmatan pos ini seperti pos laju mahupun pos biasa perlu ambil perhatian mengenai pengumuman ini. Ini perlu diambil perhatian terutamanya peniaga dan pembeli barangan online kerana mereka adalah pelanggan yang selalu menggunakan perkhidmatan pos laju ini sebagai medium penghantaran barangan mereka. Jika mereka ingin memastikan penghantaran barangan atau produk mereka sampai kepada pengguna sebelum Hari Raya Aidilfitri, maka mereka perlu mengambil kira tarikh akhir serahan ini.
Tarikh akhir pengeposan serahan adalah pada 21 Jun 2017 bersamaan dengan hari Rabu. Ini juga bagi memastikan pengeposan serahan dapat disampaikan kepada para pelanggan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2017 nanti. Selepas daripada tarikh tersebut, pengeposan serahan akan dibuat selepas cuti Hari Raya Aidilfitri 2017 iaitu pada 27 Jun 2017 atau 28 Jun 2017.
Turut diumumkan adalah tarikh penutupan seluruh Pejabat Pos seluruh Malaysia selama 4 hari sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2017 iaitu pada 23 Jun 2017 hingga 26 Jun 2017 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Bagi negeri-negeri lain pula, Pejabat Pos akan ditutup pada 24 Jun 2017 hingga 27 Jun 2017. Harap maklum.
Untuk info, jika anda ingin mengetahui cara membuat semakan tracking Pos Laju barangan anda, bolehlah baca entri dibawah ini;
[+] Cara Semak Tracking Pos Laju Malaysia
About The Author
Hafiz
Part time blogger dari Johor Bahru. Sebarang pertanyaan, review atau advertorial dan jemputan event, sila emel ke baretta79@gmail.com / menu Hubungi Aku.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
sekarang pun dah start lambat sampai pos laju sekarang
Skrg dah banyak barang online guna khidmat pos laju ni..
Info yang sangat penting untuk usahawan online dan pembeli online.
Boleh take noted..
Mesti take noted, kalau tak kesian menunggu lama barangnya