Temuduga Penguasa Kastam W41

temuduga penguasa kastam w41

Temuduga Penguasa Kastam W41. Sebelum itu tahniah diucapkan kepada para calon yang berjaya lulus dalam peperiksaan online Penguasa Kastam W41 tempoh hari. Kepada yang gagal, janganlah mudah berputus asa. Cuba dan teruslah mencuba lagi. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah pun mengeluarkan jadual temuduga bagi jawatan Penguasa Kastam W41 ini iaitu pada 7 Oktober 2014 hingga 27 Oktober 2014.

Jadual temuduga Penguasa Kastam W41

Jika calon-calon yang belum mendapat apa-apa surat panggilan temuduga Penguasa Kastam W41 ini, boleh membuat semakan nama anda di laman web rasmi SPA menerusi link di bawah ini. Sila pastikan nombor Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah betul.

Semak Disini – Jadual Temuduga Penguasa Kastam W41

Persediaan menghadapi temuduga Penguasa Kastam W41

Umum mengetahui, sebelum menghadiri sebarang temuduga, setiap calon haruslah membuat persediaan awal dan rapi. Antara persediaan yang boleh calon-calon lakukan adalah seperti berikut:

  • Fizikal – Digalakkan calon tidur awal sebelum sesi temuduga keesokan harinya supaya badan mendapat rehat yang secukupnya dan bertenaga pada hari temuduga.
  • Pengetahuan Dalam Diri – Bagi mereka yang akan menghadiri sesi temuduga, perkara ini perlu diperkuatkan sebaik-baiknya. Ini kerana, aspek ini merupakan antara elemen utama yang akan dinilai pada diri setiap calon. Sebelum pergi ke sesi temuduga, calon digalakkan mencari maklumat penting berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
  • Dokumentasi  – Setiap calon hendaklah memastikan segala dokumen yang berkaitan lengkap dan berada dalam keadaan baik sebelum dibawa ke sesi temuduga. Antara dokumen penting yang perlu disediakan adalah surat panggilan temuduga, dokumen pengenalan diri, sijil kelayakan akademik, sijil penglibatan aktiviti luar, sijil kemahiran tambahan dan pencapaian atau penghargaan tertinggi yang pernah diperoleh.
  • Emosi – Adalah mustahil seseorang calon tidak gementar sebelum menghadiri temuduga. Namun perasaan ini perlu dikawal agar tiada perasaan negatif akan timbul sebelum calon di temuduga seterusnya hilang keyakinan sewaktu sesi temuduga.
  • Keterampilan Diri – Perkara ini memainkan peranan penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap calon sebelum melangkah masuk ke sesi temuduga. Ini kerana keterampilan diri merupakan perkara pertama yang akan dinilai sebaik sahaja calon melangkah masuk ke bilik temuduga. Ia juga menunjukkan bahawa calon mempunyai kesungguhan, berdisiplin dan serius ke sesi temuduga.

Demikianlah antara perkara yang perlu dilakukan buat calon yang akan menghadiri temuduga Penguasa Kastam W41 nanti. Jika calon-calon inginkan maklumat lanjut mengenai persediaan awal menghadapi temuduga ini, bolehlah mendapatkan didalam tips lulus temuduga kerajaan menerusi link dibawah ini;

Dapatkan Disini – Tips Lulus Temuduga Kerajaan

Tips lulus temuduga kerajaan ini juga boleh digunakan untuk temuduga jawatan kerajaan yang lain. Semoga anda berjaya menghadapi temuduga Penguasa Kastam W41 ini dengan penuh yakin dan lebih bersedia nanti. Selamat berjaya diucapkan.

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.