Temuduga terbuka Marshal Stadium

Temuduga terbuka Marshal Stadium. Pihak Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan satu temuduga terbuka bagi calon-calon yang berminat menjadi Marshal Stadium. Tugas seorang Marshal Stadium adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penyokong yang datang menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium. Mereka juga perlu memastikan tiada provokasi melampau antara penyokong tuan rumah dan penyokong pelawat yang akan menyebabkan kekecohan di stadium nanti.

temuduga terbuka marshal stadium
Sumber : johorsoutherntigers.com.my

Marshal Stadium yang akan bertugas pada setiap perlawanan yang diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Tarikh temuduga dijadualkan pada 13hb dan 14hb Januari 2015 di stadium. Calon-calon dikehendaki hadir jam 8.00 pagi untuk sesi ujian kesihatan dan hanya yang lulus ujian saringan awal sahaja akan layak untuk melalui proses temuduga yang akan bermula daripada tengah hari hingga petang.

Syarat-syarat :-
1) Ujian kesihatan – hadir berpakaian sukan.
2) Temuduga – berkemeja dan seluar slack, berkasut hitam.
3) Hanya lelaki berumur 21 tahun dan ke atas.
4) Pemohon adalah digalakkan untuk membawa sijil-sijil yang berkaitan dengan jawatan dipohon.

Oleh itu, kepada yang berminat untuk menyertai temuduga terbuka Marshal Stadium ini silalah buat persiapan diri daripada sekarang. Semoga suasana perlawanan bolasepak di Stadium Larkin lebih meriah dan selamat dengan adanya Marshal Stadium nanti.

“Luaskan Kuasamu Johor”

DON'T FORGET TO SHARE --->

6 Replies to “Temuduga terbuka Marshal Stadium

  1. Ini berita baik untuk mereka yang sedangmencari pekerjaan.. Jangan lepaskan peluang ini, mana tahu rezeki anda mendapatkan pekerjaan tersebut…

  2. Jawatan ni tetap ke boleh kerja part time?

    JDT ke arah menjadi sebuah kelab yang profesional. Tak perlu guna polis. Banyak stadium kelab eropah pun pakai marshal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.