Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima hadiah dari IntanBerlian. Semalam apabila aku naik kerja selepas cuti rehat pada hari Ahad yang lalu, ada satu bungkusan kurier berada di atas mejaku. Selepas diamati rupanya aku terima hadiah dari IntanBerlian selepas terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam satu giveaway yang dianjurkannya iaitu IntanBerlian Mega Giveaway 2014. Hadiah yang aku menangi adalah sehelai blouse berjenama Jameela.
Ingin memulakan perniagaan hamper!
Ingin menjana pendapatan sebagai ejen hartanah!
Syukur Alhamdulillah, ini adalah kali ke 2 aku berjaya memenangi giveaway anjuran blogger IntanBerlian ini. Kali pertama adalah pada tahun 2013. Korang bolehlah baca berkenaan kemenangan tersebut yang ditulis di dalam entri menang hadiah sejak berblogging. Kali ini aku masih lagi bertuah diberi rezeki terpilih sebagai pemenangnya. Walaupun bukan hadiah utama, tetapi dapatlah juga sesuatu untuk diberikan buat isteri tercinta. Terima kasih diucapkan buat IntanBerlian. Semoga beliau terus mengadakan giveaway sebegini lagi dan pastinya aku tak ketinggalan menyertainya. Wassalam…peace out
Tahniah bro…tak sia-sia lah..kan?hehe
Ya bro tak sia2 hihihi
tahniah bro, cantik blouse tu 🙂
Memang cantik puteri
Tanniah bro. Sudah ada perancangan nak buat apa dengan kain yang diterima?
Tq bro. Itu biar isteri je yg tentukan…
tahniah, seronok wife dpt blouse baru 😉
Tq, Jun tulah ada juga hasil dari berblogging
Untunglah bro dapat free giff
Rezeki bro, jangan di tolak
Tahniah bro menang kontes ni, beruntunglah isteri dapat blouse.
Tq bro, nampak kesannya yg isteri dah faham tujuan berblogging..
Mesti lawa hadiah tu. TAHNIAH!
Syukur bro, siapa nak kasi kan…
aik mana mana bajunya hee..nak tengoo jugalah huhu…tahniah admin
Bajunya yg polka dot tu, biar isteri je yg buka hadiahnya…