Tips dan cara membuat roti bun lembut

Tips dan cara membuat roti bun lembut

Assalamulaikum & salam sejahtera. Tips dan cara membuat roti bun lembut. Kali ini aku nak kongsikan tips dan cara membuat roti bun lembut. Kalau korang gunakan tips dan cara ini mesti roti bun yang korang buat jadi lembut dan sedap. Tips ini juga selalu digunakan oleh isteri ketika membuat home made pizza.

Bagaimana nak buat roti bun yang lembut

  • Dapatkan bahan membuat roti bun di kedai khusus menjual barangan berkenaan. Ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi korang dapat mencari bahan yang tepat.
  • Guna air sejuk untuk mengawal proses pengembangan doh. Jika suhu panas, yis akan mengembang terlalu sepat dan akan menjejaskan kualiti roti bun.
  • Apabila mencampurkan bahan adunan, lakukan secara manual (guna tangan) atau mesin pembancuh. Satukan bahan yang kering dulu, kemudian bahan cecair.
  • Menguli dengan tangan yang mengambil masa 15 hingga 20 minit atau gunakan mesin untuk lebih cepat. Doh yang cukup diuli boleh ditarik seperti roti canai.
  • Yis hidup mengeluarkan karbon dioksida atau angin dan menyebabkan doh mengembang. Tumbuk doh untuk keluarkan angin tersebut.
  • Ketika proses pemerapan, pastikan doh diperap di tempat yang mempunyai cahaya matahari.
  • Pastikan doh korang naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam atau 40 minit.

Inilah sedikit sebanyak tips dan cara membuat roti bun lembut yang dapat dikongsikan. Semoga tips tadi dapat membantu korang membuat roti bun yang lembut lagi sedap. Untuk membuat roti bun yang lembut dan lebih lengkap serta rahsia untuk buat bisnes roti korang atau perlukan panduan video lengkap bolehlah klik link atau banner kat bawah tu. Wassalam…peace out.

[+] KLIK DISINI – TIPS DAN CARA MEMBUAT ROTI BUN LEMBUT

SHARE IF YOU CARE --->
36 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.