Tips mengelakkan bayi tersedak susu

Tips mengelakkan bayi tersedak susu. Baru-baru ada berita mengenai kematian bayi berusia 3 bulan tersedak susu. Memang amat menyedihkan buat keluarga tersebut. Bayi malang itu sebaya dengan anakku yang ke 4 ini membuatkan aku bertambah lagi sedih. Jadi disini aku nak kongsikan sedikit cara atau tips untuk mengelakkan bayi tersedak susu.

Tips-tips mengelakkan bayi tersedak susu

Antara tips-tips mengelakkan bayi tersedak susu ialah :

  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak) dan ini mengelakkan bayi tersedak susu kerana lubang puting yang besar akan menyebabkan aliran susu laju.
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi dan memudahkannya menghisap terus susu tersebut masuk ke dalam perutnya.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan dan jangan tinggalkan bayi bersendirian.
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur. Caranya dengan meniarapkan bayi dan usap belakang badannya sehingga bayi sendawa.

tips mengelakkan bayi tersedak susu

Cara rawatan jikalau bayi tersedak susu

  • Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar dari mulut.
  • Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke depan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan. Selain menekan bahagian perut, bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga dengan adanya tips mengelakkan bayi tersedak susu ini korang tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi orang lain. Ingatlah anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai.

Dikesempatan ini aku ingin berkongsi satu panduan berbentuk ‘Ebook’ bagi mendidik anak menjadi pintar dan cerdas yang diberi nama “Anak Pintar Cerdas”. 

Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.

Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.

Oleh yang demikian, janganlah anda berlengah lagi. Dapat segera dengan klik banner dibawah ini;

Sumber : lppkn

DON'T FORGET TO SHARE --->
34 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.