Tips untuk memilih jantina bakal anak

tips memilih jantina bakal anakAssalamualaikum & salam sejahtera. Tips untuk memilih jantina bakal anak. Entri ini amat sesuai dibaca oleh pasangan pengantin baru dan juga kepada mereka yang ingin merancang keluarga ataupun menambah ahli keluarga.

[+] Belajar menjahit dengan mudah

Memilih bakal anak lelaki atau perempuan

Menurut Pakar Perunding Andrologi dan Kesuburan, Dr. Mohd Ismail Thambi, pemilihan jantina bakal anak dari sudut kesihatan adalah untuk mengelakkan masalah kesihatan. Anak lelaki didapati lebih mudah mendapat penyakit genetik iaitu penyakit keturunan. Dari sudut sosial pula anak lelaki menjadi pilihan kerana bersifat pemimpin dan menjadi waris harta. Anak perempuan pula dipilih kerana mudah dilentur dan dididik. Menurut beliau lagi pemilihan jantina tidak digalakkan kerana boleh mempengaruhi keseimbangan antara jantina. Bayangkan jika ibu itu hamil bukan jantina pilihan, kemungkinan besar kandungan itu akan digugurkan!

Antara tips pemilihan jantina bakal anak ialah :-

  • Penentuan ovulasi iaitu hubungan kelamin dilakukan pada waktu ovulasi berlaku dapat meningkatkan kemungkinan mendapat anak lelaki. Jika dilakukan beberapa hari sebelum ovulasi, kemungkinan jantina lebih kepada anak perempuan.
  • Mengubah keasidan atau pH salur faraj. Jika faraj dicuci dengan bahan berasid biologik dan hubungan kelamin dilakukan, maka sperma tidak dapat bertahan lama dan jika hamil kemungkinan besar jantinanya perempuan. Sebaliknya jika dicuci dengan bahan kurang berasid atau bersifat alkali, maka kemungkinan kehamilan adalah lelaki.
  • Posisi hubungan kelamin iaitu kemasukan dalam faraj dari belakang dan ejakulasi dalam di penghujung faraj kemungkinan mendapat anak lelaki tinggi dan sebaliknya jika inginkan anak perempuan.
  • Teknik pemakanan. Makan lebih banyak makanan laut seperti udang, sotong dan ikan. Makanan mengandungi lebih banyak daging dan bergaram digalakkan. Ini kerana lebih sodium (garam) meningkatkan kemungkinan unutk mendapat anak lelaki. Bagi mendapat anak perempuan pula, makanan berasaskan tenusu perlu diambil dalam kuantiti yang banyak seperti susu dan yogurt. Makanan berasid seperti limau, nenas dan mangga serta minuman bergas digalakkan.

Bagi yang Islam, kita perlu berusaha dengan jalan yang diredhaiNya. Ikut saluran yang betul yang tidak bertentangan dengan Islam. Yang penting tetapkan niat, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Tak kiralah lelaki atau perempuan yang menjadi keutamaan mendapat anak yang bertakwa kepada Allah dan menjadi anak yang soleh atau solehah. Ini kerana doa anak yang soleh atau solehah dapat membantu ibu bapanya mendapat tempat di alam barzakh dan di akhirat kelak.

[+] Buat duit melalui internet dengan mudah?

Demikianlah sedikit sebanyak tips untuk memilih jantina bakal anak yang dapat aku kongsikan untuk anda diluar sana. Cuma pada pandangan aku tak kisahlah jantina bakal anak itu nanti lelaki atau perempuan. Yang penting mereka sihat dan sempurna sifatnya sudah memadai buat aku. Untuk mereka sedang tercari-cari panduan atau tips mudah hamil pula, klik sahaja link atau banner dibawah ini dan buatlah pembelian anda. In shaa Allah, berkat usaha, rajin berdoa dan bertawakal kepadaNya akan dibalas kerana itulah JanjiNya. Wassalam…peace out.

[+] Klik Disini – Tips Dan Panduan Untuk Mudah Hamil

Sumber : LPPKN

DON'T FORGET TO SHARE --->
37 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.