Trip #2 : Sanrio Hello Kitty Town, Nusajaya

Sanrio Hello Kitty Town, Nusajaya. Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Sanrio Hello Kitty Town, Nusajaya itulah entri aku kali ni…..
Semalam aku bawak famili aku jalan-jalan pegi Nusajaya….
Kebetulan ibubapa aku turun JB, jadi aku bawak diorang sekali…

Mula-mula bawak diorang semua tengok Pusat Pentadbiran Nusajaya….
Pastu aku pegi Sanrio Hello Kitty Town kat sebelah Puteri Harbour….
Ramai juga orang datang sini….. terutama pelancong….
Tempat ni belum lagi siap sepenuhnya…Yang dah siap hanya Sanrio Hello Kitty Town, The Little Big Club
dan tahun depan siaplah Lat theme park dan banyak lagilah…

Aku taklah masuk dalam Sanrio Hello Kitty Town tu….. cuma pegi kedai survenior die jek….
Untuk makluman tiket untuk masuk ke Sanrio Hello Kitty Town tu cuma RM 50 untuk dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke atas…. Untuk 3 tahun ke bawah FOC…..lupa plak nak bagitau yang Sanrio Hello Kitty Town tu terletak kat Level 2…so kalau nak naik Level 2 tu kena beli tiket….
Kat Level 3 tu terletak The Little Big Club yang ada Bob the Builder, Pingu, Thomas, dan Barney…..
Harga tiket dia sama juga dengan tiket Sanrio hello Kitty Town tu…..
Cuma kalau korang nak jimat beli pakej untuk Level 2 dan Level 3 iaitu RM 85 untuk dewasa dan kanak-kanak 3 tahun keatas…. Untuk maklumat lanjut sila klik sini

So kalau korang nak pegi ke Nusajaya jangan lupa singgah di Sanrio Hello Kitty Town k….
Seronok……

P/s-Lepas tu aku bawak famili aku lalu depan Legoland…..tak singgah sebab hujan lebat….

Wassalam…………….peace out

SHARE IF YOU CARE --->
10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.