Trip ke Melaka Wonderland

Trip ke Melaka Wonderland
Sampai sudah ke Melaka Wonderland

Assalamualaikum & salam sejahtera. Trip ke Melaka Wonderland. Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas aku bersama-sama keluargaku di kampung berkesempatan berkunjung ke Melaka Wonderland. Walaupun trip ini tidak dirancang, memandangkan jarak antara Muar ke Melaka tidak jauh sangat maka plan yang dirancang secara spontan menjadi. Ini semua adalah idea adikku yang kebetulan menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama.

Trip ke Melaka Wonderland
Kena jaga dua hero bermain air

Orang yang paling gembira mendengar plan trip ini ialah heroku yang sulung Fakhrul Anaqie Lutfi. Reaksi mukanya terpancar apabila mendengar kami semua pergi ke tempat mandi-manda di Melaka tu. Heroku ini memang sudah lama hendak pergi ke tempat macam tu. Akhirnya hajatnya termakbul.

Trip ke Melaka Wonderland
Adik perempuanku yang menyambut ulangtahun perkahwinan pertamanya

Kami bertolak lebih kurang pukul 2.00 pm dan tiba lebih kurang pukul 3.30 pm. Masa yang lama diambil untk tiba di Melaka Wonderland kerana jalan raya di Melaka sesak terutamanya menuju ke Ayer Keroh. Maklum musim cuti sekolah, jadi ramailah pelancong datang ke Melaka.

Trip ke Melaka Wonderland
Heroku Anaqie gembira sangat bermain air

Sampai sahaja disana, heroku sudah tidak sabar-sabar menukar baju untuk mandi. Dialah menjadi ornag pertama terjun ke dalam air. Heroku yang kedua iaitu Fakhrul Aiman Lutfi, tidak teruja sangat. Mungkin kerana keletihan tidur didalam kereta belum hilang.

Trip ke Melaka Wonderland
Main gelongsor dah taknak pakai boya
Heroku yang ketiga iaitu Fakhrul Azeeq Lutfi pula macam biasalah pantang nampak air. Memang suka sangat main air ni. Tapi sekejap je, lebih kurang sejam lepas tu menangis tak tahan sejuk dan lapar. Lepas disuapkan susu dan bagi makan, dia ceria balik bermain dengan air.
 
Trip ke Melaka Wonderland
Aiman dah tak takut air

Trip ke Melaka Wonderland
Adik beradikku, my wife dan adik iparku

Trip ke Melaka Wonderland
Letih mahu pulang

Lebih kurang pukul 6.00 pm, aku pun bertolak pulang ke Muar. Kesemua hero-heroku keletihan dan tertidur didalam kereta. Sebelum dia tertidur dia sempat berkata “papa bila kita nak datang sini lagi”. Aku menjawab “nanti kalau kita balik kampung lagi kita pergi ye..”.
Wassalam…peace out

P/s – Dengan pembelian tiket melebihi RM 200, isteri dapat masuk cabutan bertuah dan hadiahnya 2 keping voucer untuk kanak-kanak sehingga hujung tahun ini. Nampaknya ada can kena pergi lagi ni…

SHARE IF YOU CARE --->
16 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.