Ular LEGO terpanjang di dunia

Ular LEGO terpanjang di dunia

Assalamualaikum & salam sejahtera. Ular LEGO terpanjang didunia. Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Legoland Malaysia telah membina model ular LEGO terpanjang didunia pada 17 Februari 2013 yang lalu. Model ular LEGO sepanjang 318 meter itu dibina menggunakan lebih sejuta blok LEGO.

Menurut Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata ianya mengambil masa 9 hari untuk disiapkan bermula dari 8 Februari 2013 yang lalu. Pihak Legoland hanya menyiapkan bahagian kepala dan ekor model berkenaan. Untuk bahagian badan pula pihak Legoland mempelawa pengunjung  bersama-sama menyiapkan model ular ini.

Model ular LEGO terpanjang di dunia ini akan dipamerkan kepada pengunjung di depan pintu masuk taman tema dan kawasan Miniland sehingga 28 Februari 2013 ini. Selain daripada itu Legoland Malaysia ingin mengajak pengunjung menyertai kempen menamakan ular Lego itu dilaman Facebook Legoland Malaysia bagi merebut hadiah istimewa.

Sumber : Legoland Malaysia

P/s – Bilalah aku nak bawa familiku ke sini. Rumah dah dekat dah, ada sesiapa nak sponsor hihihi…

DON'T FORGET TO SHARE --->
40 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.