Ulisses Morais Ketua Jurulatih baru pasukan JDT

Ulisses Morais Ketua Jurulatih baru pasukan JDT. Ya, kini pasukan JDT atau Johor Darul Ta’zim FC akan dilatih oleh Ketua Jurulatih yang baru iaitu Ulisses Morais atau nama sebenarnya Ulisses Manuel Nogueira Morais yang berasal dari Portugal. Beliau akan menggantikan Ketua Jurulatih JDT terkini iaitu Benjamin Mora berkuatkuasa serta merta dimana Benjamin Mora akan kembali melatih pasukan JDT II bagi membentuk pemain-pemain muda yang berbakat.

Ulisses Morais Ketua Jurulatih baru pasukan JDT

Pengalaman Ulisses Morais Ketua Jurulatih baru pasukan JDT

Ulisses Morais merupakan bekas pemain pasukan Portugal yang bermain di posisi hadapan. Dilahirkan di Almoster, Portugal pada 22 November 1959 dan mula menjadi jurulatih profesional pada tahun 1995. Berikut adalah pengalaman Ketua Jurulatih baru pasukan JDT ini bersama pasukan yang pernah dilatih oleh beliau dari sejak persaraan sebagai pemain profesional;

  • 1995 – 1997 – Naval
  • 1997 – 2000 – Dragoes Sandinenses
  • 2000 – 2001 – Machico
  • 2001 – 2004 – Estoril
  • 2004 – 2006 – Gil Vicente
  • 2006 – Maritimo
  • 2007 – 2009 – Naval
  • 2009 – 2010 – Pacos Ferreira
  • 2011 – Academica
  • 2012 – 2013 – Beira-Mar
  • 2015 – 2016 Aves
  • 2016 – Famalicao
  • 2017 – Johor Darul Ta’zim F.C.

Semoga dengan pengalaman yang beliau ada serta pernah melahirkan pemain ternama sepanjang kariernya di Portugal, dapat membimbing pasukan JDT ke tahap yang lebih baik seterusnya mempertahankan satu-satunya piala yang ada iaitu Juara Liga Super 2017 serta memburu kejuaraan Piala Malaysia 2017 nanti.

“Luaskan kuasamu Johor”

SHARE IF YOU CARE --->

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.