Waktu bekerja bagi agensi Kerajaan Johor. Sebagaimana Pekeliling Cuti Mingguan Negeri Johor Bil 3/2013 yang telah dikeluarkan untuk penjawat awam dimana pemberitahuan mengenai waktu bekerja dan waktu rehat yang baru bagi semua kakitangan awam yang berkhidmat dengan agensi Kerajaan Johor. Waktu bekerja ini juga akan terpakai kepada semua kakitangan awam agensi Kerajaan Persekutuan yang berada dan berkhidmat di dalam negeri Johor.
[+] Rahsia bijak TEMUDUGA kerja kerajaan & swasta
Seperti yang sedia maklum bahawa cuti mingguan negeri Johor telah ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu sebagaimana titah DYMM Sultan Johor pada 23 November 2013 sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku tempoh hari. Cuti mingguan hari Jumaat dan Sabtu serta waktu bekerja agensi Kerajaan Johor ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
[+] Panduan mudah menulis RESUME terbaik
Sehubungan dengan itu, waktu bekerja bagi agensi Kerajaan Johor yang baru telah ditukar seperti berikut :
- Hari Ahad hingga Rabu – 7.30 pagi hingga 4.30 petang
– 8.00 pagi hingga 5.00 petang
– 8.30 pagi hingga 5.30 petang
- Hari Khamis – 7.30 pagi hingga 3.00 petang
– 8.00 pagi hingga 3.30 petang
– 8.30 pagi hingga 4.00 petang
- Waktu Rehat – 1.00 tengahari hingga 2.00 petang
#Jika cuti umum jatuh pada hari Jumaat, maka cuti tersebut akan diganti ke hari Ahad berikutnya.
[+] Senarai kerja KERAJAAN tanpa melalui SPA
Oleh yang demikian kepada yang ingin berurusan dengan semua agensi Kerajaan negeri Johor, silalah ambil perhatian kepada waktu bekerja ini. Bagi pihak swasta, digalakkan mengikut masa bekerja ini demi memudahkan urusan kerja anda kelak. Walaubagaimanapun ianya bukanlah paksaan oleh pihak Kerajaan Johor. Kebetulan majikan isteriku pun mengikut cuti mingguan hari Jumaat dan Sabtu ini. Dapatlah meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak dan isteri. Semoga dengan adanya waktu bekerja bagi agensi Kerajaan Johor ini dapat memberikan sedikit sebanyak info yang berguna kepada anda yang ingin berurusan dengan agensi kerajaan negeri Johor.
P/s – Jika ada sebarang perubahan akan diupdate kemudian. Sila bookmark entri ini untuk kemudahan anda di masa akan datang.
Rasanya sama dengan kat pantai timur kot..kan?
tang hari khamis tak pasti sama ke tak
Senang jugak dapat jadual kerja macam ni. Hari Khamis dapat balik awal sebab Jumaat dah cuti.
Dapat elak jem pasal dapat balik awalkan
Lepas ni warga penjawat awam yang bekerja di negeri Johor kena tune masa bercuti mereka seperti warga penjawat awam di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.. Tentu best dapat bercuti pada hari Jumaat..
Ya bro, kena tune balik, nasib baik isteri pun cutinya sama
bro kenapa ia sering di tukar tak seperti tempat lain berkerja pada hari isnin – jumaat atau sabtu setengah hari?
Sebenarnya Johor memang dah lama buat jumaat dan sabtu cuti mingguan, skrg ni buat semula..
Assalamualaikum salam perkenalan
Syukur Alhamdulillah .
Hari Khamis kerja 2/3 hari kemudian cuti Jumaat dan Sabtu , panjang masanya
salam perkenalan juga..
Syukur juga, dapat tolong wife kemas rumah sikit
takdelah mood monday blues buat warga johor lepas ni..hehe
takde dah tukar jadi sunday blues pulak…hihihi
hehehe…khamis plak boleh balik satu stengah jam lebih awal yer bro?
Itulah bagus juga dapat rehat awal sikit kat rumah
sama2 waktu bekerja mudah nak plan untuk kemana2
Betul tu Jun senang sikit, dapat luangkan masa bersama